Bantuan Geran Pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 ‘One-Off’: Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Harga barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, serta perkhidmatan penting seperti pengangkutan, utiliti dan kesihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Kenaikan ini memberi kesan langsung kepada pendapatan isi rumah, terutamanya bagi golongan B40 dan M40 yang berdepan cabaran untuk mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan harian. Walaupun kadar gaji minimum dan pelbagai bentuk bantuan kerajaan diperkenalkan, ramai masih merasakan bahawa ia belum mampu menampung keperluan sebenar kehidupan seharian.

Beban kos sara hidup bukan sahaja menjejaskan kemampuan seseorang untuk memenuhi keperluan asas, malah turut memberi kesan terhadap gaya hidup dan perancangan masa depan. Misalnya, anak muda terpaksa menangguhkan impian membeli rumah atau berkahwin kerana pendapatan mereka lebih banyak tertumpu kepada membayar bil utiliti, ansuran kenderaan dan belanja dapur. Bagi keluarga pula, pengurusan kewangan menjadi semakin mencabar, terutamanya apabila melibatkan kos pendidikan anak-anak serta penjagaan kesihatan.

Selain itu, faktor luaran seperti inflasi global, ketidakstabilan harga minyak, dan perubahan ekonomi dunia juga memberi tekanan tambahan terhadap kos sara hidup di negara ini. Dalam keadaan ini, masyarakat tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari jalan untuk menyesuaikan diri, sama ada dengan menambah pendapatan melalui kerja sampingan, mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, atau memanfaatkan bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Oleh itu, memahami isu kos sara hidup ini amat penting agar setiap lapisan masyarakat lebih bersedia dalam mengurus kewangan mereka dengan bijak, serta mencari solusi jangka panjang untuk memastikan kelangsungan hidup yang lebih stabil.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Geran Pelancaran dan berikut penerangannya.

Bantuan Geran Pelancaran

Geran Pelancaran adalah sebuah inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara ‘one-off’.

Objektif bantuan ini adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga. Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk permohoban Geran Pelancaran, ia hanya boleh dibuat oleh kumpulan sasar JKM sahaja – selaras dengan syarat kelayakan yang ditetapkan. Kumpulan sasar JKM adalah mereka yang menerima bantuan bulanan JKM.

Sekiranya bukan penerima bantuan bulanan JKM, maka permohonan Geran Pelancaran tidak boleh dibuat. Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan – permohonannya boleh dilaksanakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi maklumat lebih lengkap tentang Geran Pelancaran, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI. 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Sekaligus JKM

Selan Geran Pelancaran, JKM juga memperkenalkan Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan. Inisiatif ini adalah bagi membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan / swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Ia juga bertujuan untuk membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan. Syarat-syarat kelayakannya seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Jenis alat tiruan/alat sokongan yang tertakluk dalam bantuan ini adalah anggota palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, alat-alat keperluan lain dan penggantian / baik pulih alat.

Kadar bantuan ini pula adalah mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…