isejahtera

Bantuan iSejahtera RM200 telah mula dikreditkan: Senarai penuh penerima & cara pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera iaitu merupakan sumbangan kewangan daripada kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Program Bantuan Kewangan ini: –

Bantuan iSejahtera

Program i-Sejahtera pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang dari kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan suri rumah.

Kadar bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Program Penghargaan Warga Emas : RM200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Suri Emas : RM100

Syarat-syarat Kelayakan

Program Penghargaan Warga Emas (RM200) diberikan kepada pemohon yang berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar dan berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100) pula terbuka kepada ibu tunggal berumur bawah 60 tahun dan berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Manakala, Program Suri Emas (RM100) diberikan kepada kepada golongan suri rumah dan tiada pendapatan tetap yang berumur bawah 60 tahun. Syarat sebagai pengundi masih sama seperti bantuan sebelumnya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembayaran iSejahtera

Bagi mereka yang telah diluluskan permohonan mereka, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi iSejahtera, pembayaran bagi Program Penghargaan Warga Emas; Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Suri Emas telah pun dibuat mulai 16 Jun 2023.

Untuk mereka yang masih belum membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.

Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka.…
Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berbentuk tunai, e-dompet, geran, rumah…
Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah…