bantuan kerajaan

Bantuan Kerajaan RM100 – RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Senarai Bantuan Kewangan JKM

Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah bantuan yang diberikan bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar BKK adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM,1000 sebulan bagi keluarga. Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan kewangan ini diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. Syarat-syarat kelayakan Bantuan Anak Pelihara adalah:

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan ini pula melibatkan kewangan sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Tujuan utamanya adalah bagi membantu individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Am Negeri. Akan tetapi, kadar dan syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut ketetapan setiap negeri dan mungkin berbeza dari peringkat Persekutuan.

Bantuan Warga Emas 

Bantuan Warga Emas ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya 

Insentif ini melibatkan kadar bantuan sebanyak RM450 sebulan seorang. Ia diberikan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Cara Memohon

Untuk maklumat syarat-syarat kelayakan, ia boleh dilihat di Portal Rasmi JKM. Bagi permohonan pula, ia boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…
UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…