asasi

Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 untuk B40 & M40 berkelayakan: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Kewangan Asasi

Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk membantu pelajar dari keluarga B40 dan M40 mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM3,920 setahun dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku RM2,500/setahun
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan RM1,420/setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lengkap berkeaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…