Ini cara memohon Bantuan Kewangan RM100 – RM500 untuk pasangan yang mempunyai anak

Dalam usaha mensejahterakan kehidupan masyarakat, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Antara inisiatif yang diperkenalkan itu termasuklah sebuah skim yang dikenali sebagai Skim Permata Sejahtera. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Jumlah Bayaran

Skim Permata Sejahtera pada asasnya merupakan sumbangan kewangan kepada pasangan yang menyambut kelahiran anak dengan jumlah bantuan dari RM100 sehingga RM500. Sumbangan yang diberikan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Ini adalah senarai nilai sumbangannya:

  • Anak Pertama hingga ke – 6: RM100
  • Anak Ke-7: RM200
  • Anak Ke-8: RM 300
  • Anak ke-9: RM400
  • Anak ke-10: RM500

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan syarat-syarat kelayakan skim ini, ia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022;
  • Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin;
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu;
  • Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami”.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Skim Permata Sejahtera boleh dibuat secara atas talian di Borang SSPN-i YPKT 2022.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID bayi;
  • Salinan MyKAD Ibu dan Bapa;
  • Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah Ibu Bapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia;
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi permohonan kelahiran anak ke – 7 dan ke atas.

 

Borang permohonan secara atas talian (online) boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…