Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan
Salah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Bantuan ini akan melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Bagi para pesara Kerajaan pula, mereka layak menerima sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, bantuan RM1,000 turut diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.
Tarikh & Cara Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, akan dibuat pada bulan Februari 2024. Bulan itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Pembayarannya pula akan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Untuk makluman, pihak Kerajaan ketika ini sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.