bantuan kewangan

Bantuan Kewangan RM2,700 untuk mereka berpendapatan B40: Diberikan secara sekaligus (one-off)

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan bulanan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan kewangan ini disalurkan kepada rakyat Malaysia khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan bulanan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM2,700

Antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh JKM adalah Geran Pelancaran. Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga berobjektif untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk permohonan Geran Pelancaran ini, ia hendaklah dimohon boleh mereka yang menjadi kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada. Hal ini selaras dengan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Jika bukan kumpulan sasar JKM, pemohon perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terleboh dahulu. Sekiranya layak sebagai penerima bantuan bulanan JKM, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dibuat. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Selain itu, pihak JKM juga memperkenalkan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan kepada kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Ia juga bertujuan untuk membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

 

Jenis-jenis peralatan Tiruan atau Sokongan yang boleh dimohon adalah Anggota Palsu, Kerusi Roda. Alat Bantu Pendengaran. Alat-alat Keperluan Lain dan Penggantian / Baik Pulih Alat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada bulan April 1946. Dalam jangka masa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Kini, jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan mempunyai visi sebagai “Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat”.

Objektif utama JKM adalah:

  • Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
  • Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan;
  • Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan
  • Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…