Ini senarai mereka yang akan menerima Bantuan Kewangan RM900 pada bulan September ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan – khususnya melalui Belanjawan 2022.

Antaranya termasuklan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah dibayar untuk Fasa 1 dan Fasa 2 pada bulan Mac serta Jun 2022 lalu. Manakala, bagi bulan September 2022 nanti – pembayaran BKM Fasa 3 akan disalurkan kepada yang layak.

Berikut adalah senarai jumlah bayaran BKM Fasa 3, mengikut ketegori setiap penerima: –

Jumlah Bayaran

Kategori Isi Rumah (Kahwin): Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak lebih 3: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak lebih 3: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin): Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak lebih 3: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] : Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak lebih 3: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • BKM Fasa 3: RM150

Kaedah Pembayaran

Seperti mana pembayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran BKM Fasa 3 turut melibatkan kaedah sama iaitu melalui kredit ke akaun bank atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dimaklumkan juga bahawa pihak Kerajaan mungkin akan memberikan bantuan tambahan BKM bagi Fasa 3 jika peningkatan harga barang berterusan.  Namun, ia masih tertakluk kepada keputusan Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lengkap berkenaan BKM, boleh dirujuk – DI SINI.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…