bantuan kewangan

Bantuan Kewangan STR RM900 dikreditkan bulan depan: Senarai penuh penerima terlibat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan STR

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi pengkreditan STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak. Pembayaran STR Fasa 3 telah pun dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar STR Fasa 4

Untuk pembayaran STR Fasa 4, berikut adalah maklumat pembayaran dan senarai penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Menurut maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakn pada bulan November 2023.

Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Bantuan RM100 dikreditkan setiap bulan ke MyKad: Senarai penuh penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Jawatan kosong dibuka Jabatan Biokeselamatan dengan gaji RM2,100: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini sedang membuka…
Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Bayaran khas RM2,000 mula dikreditkan bulan depan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…