motosikal

Bantuan Kewangan untuk beli motosikal sehingga RM10,000: Berikut cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang ingin membeli ataui membaiki motosikal. Berikut adalah penjelasannya: –

Membeli Motosikal

Melalui TEKUN Nasional, sebuah skim pembiayaan telah diperkenalkan dan ia dikenali sebagai kim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0.

Skim pembiayaan ini pada asasnya merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal merangkumi tujuan-tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

 

Kadar pembiayaan yang ditetapkan pula adalah sebanyak antara RM1,000 sehingga RM10,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan
  • Dokumen Sokongan:
    • Borang Permohonan Pembiayaan (JPP02/JPP17)
    • Gambar pemohon ukuran passport
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
    • Salinan lesen memandu B1/B2 yang sah
    • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
    • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Surat sokongan Syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
    • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
    • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon)
    • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat dan hendak memohon skim pembiayaan ini, ia boleh dibuat dengan menghadiri mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Senarai lengkap alamat cawangan-cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk – DI SINI.

Dalam masa sama, dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Oleh itu, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…