Bantuan Khas Kewangan 2022 telah mula dibayar: Ini jumlah bayaran yang bakal diterima

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Khas Kewangan 2022 berjumlah RM350 hingga RM700 kepada yang layak.

Bantuan Khas Kewangan ini diberikan khusus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang menepati syarat-syarat ditetapkan. Berikut adalah penjelasannya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 561 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022;
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana:
    • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS)2;
    • Pegawai yang bercuti bergaji penuh; c. pegawai yang bercuti separuh gaji;
    • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tarikh Pembayaran

Seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan pada 25 JANUARI 2022 (SELASA).

Kadar Pembayaran pula adalah sebanyak:

  • Penjawat awam: RM700
  • Pesara Kerajaan: RM350

 

Untuk malumat terperinci dan lengkap berkenaan pembayaran bantuan khas ini, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…