bantuan khas

Bantuan Khas Kewangan RM1,000 dikreditkan bulan depan: Tak perlu memohon & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan

Untuk makluman, ketika pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Selangor, sebuan bantuan telah diumumkan iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK).

Bantuan khas ini akan melibatkan sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Selangor.

Ia juga merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang telah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran bantuan khas ini, ia akan dibayar kepada yang layak pada 28 Disember 2023 depan.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.

“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…