Bantuan Khas Kewangan RM350 dan RM700 untuk rakyat Malaysia di bawah Bajet 2022

Seperti yang dimaklumkan di bawah Bajet 2022, pelbagai jenis penambahbaikan dan inisiatif telah diperkenalkan sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia.

Antaranya termasuklah Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dengan kadar:

  • RM700: Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
  • RM350: Pesara penjawat awam

 

Ia diperkenalkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran di kala pandemik ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangannya di Dewan Rakyat berkata, bantuan khas itu nanti akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Pihak kerajaan berharap semoga bantuan ini nanti dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Gantian Cuti Rehat (GCR) Dinaikkan

Dalam masa sama, pihak kerajaan juga akan menaikkan Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari, khusus kepada petugas barisan hadapan.

Selain itu, kerajaan turut memberikan bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

Ia diberikan bagi menghargai tugas mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit mental.

Untuk maklumat lanjut dan lengkap berkenaan senarai bantuan di bawah Bajet 2022 boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…