raya haji

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat khususnya mereka dari kalangan B40 dan M40.

Selain itu, terdapat juga bantuan-bantuan khas yang diperkenalkan bersempena dengan sambutan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan:-

Bantuan Khas Raya Haji RM500

Bantuan Khas Raya Haji yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Insentif Khas daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 dan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’.

Bantuan itu akan disalurkan kepada para asnaf yang berdaftar dengan MAIWP yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat dan akan diagihkan kepada 32,300 asnaf yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, mualaf dan ar-riqab.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cara Pembayaran

Bagi pembayarannya, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan telah disenaraikan di bawah data MAIWP. Pembayaran akan disalurkan selewat-lewatnya pada pada 14 Jun 2024.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk pengetahuan, asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam. Terdapat lapan golongan asnaf yang ditetapkan iaitu:

1. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil: Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua:

  • Beragama Islam
    • Baru memeluk agama Islam
    • Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
    • Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
    • Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
  • Bukan beragama Islam
    • Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
    • Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

 

5. Al-Riqab: Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah: Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil: Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…