Bantuan Khas RM250 mula dibayar bulan Februari ini: Berikut penjelasan & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan setuju memperkenalkan Bantuan Khas BERNAS kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan khas ini: –

Bantuan Khas RM250

Bantuan kewangan ini pada asasnya mula diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember tahun lalu – apabila pihak BERNAS setuju memberi peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Bantuan ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM250 kepada setiap pesawah. Untuk bulan Januari 2023 pembayaran telah pun dibuat kepada para pesawah di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala, bagi negeri Kedah dan Perlis pula pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan Februari 2023 dengan melibatkan sekitar lebih 71,000 pesawah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkata, kira-kira 240,000 pesawah dari seluruh negara layak menerima bantuan khas ini dan dijangka akan selesai diagihkan menjelang bulan Mac nanti.

“Bantuan sekaligus ini adalah ihsan Bernas untuk membantu pesawah terlibat dalam hal jaminan makanan sementara di pihak kerajaan kita akan sentiasa meneliti setiap permasalahan pesawah dan cari jalan terbaik untuk selesaikannya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…