Bantuan RISDA

RM300 telah dibayar pada bulan lepas, ini pula Bantuan RISDA RM300 untuk bulan Disember

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Bajet 2022 melalui RISDA kepada mereka yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BMT: –

Syarat-syarat Kelayakan BMT

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Pembayaran BMT

Jumlah keseluruhan BMT adalah sebanyak RM600 dengan dibayar sebanyak dua fasa bagi tahun ini.

Fasa pertama sebanyak RM300 telah pun dibayar pada bulan November lalu, manakal baki RM300 lagi akan dibayar pada bulan ini (Disember 2022).

Kaedah pembayaran BMT ini akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Permohonan BMT bagaimanapun telah ditutup pada 15 September 2022, manakala semakan status kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk di Portal RISDA Pekebun Kecil Makmur – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…