mykad

Bantuan RM100 dikreditkan dalam MyKad setiap bulan 2024: Syarat-syarat mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Malaysia daripada kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Selain itu, terdapat juga bantuan tambahan kepada para penerima STR yang menepati syarat-syarat khusus yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 Setiap Bulan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban mereka mendapani kos sara hidup. Dalam masa sama, terdapat juga penerima STR yang layak menerima bantuan tambahan atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SARA ini adalah bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bagi tahun 2024, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan seperti berikut:

  • Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  • Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600;
  • Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

 

Kadar bantuan SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM100 setiap sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 setiap bulan untuk golongan bujang.

Syarat-syarat kelayakan SARA pula adalah seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kaedah Pelaksanaan SARA

Berkenaan dengan kaedah pelaksanaan SARA, ia akan dibuat dengan dua cara iaitu bagi penerima dari Semenanjung Malaysia serta Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

Bagi penerima dari Semenanjung Malaysia – mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Manakala, Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Cara Menggunakan SARA

Bagi SARA yang dikreditkan ke MyKad setiap bulan, ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tatacara membuat pembelian adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan 
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI atau di Portal Rasmi STR (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan…