bantuan rm100

Bantuan RM100 dimasukkan dalam MyKad setiap bulan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ia juga telah ditambah baik berbanding sebelumnya. Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Bantuan RM100 setiap bulan

Untuk makluman, SARA adalah sebuah insiatif yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berbanding tahun 2023 dengan kadar RM600, kadar SARA bagi tahun 2024 ini telah dinaikkan kepada maksimum RM1,200.

Ini adalah maklumat penerima dan kadar SARA yang akan diberikan:

Cara Pelaksanaan

Berikut adalah cara pelaksanaan SARA:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Tarikh Pelaksanaan

SARA akan mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024 dan akan berakhir pada bulan Disember 2024.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Pembelian kemudiannya boleh dibuat secara tanpa tunai di lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap tentang SARA 2024, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…