bantuan rm100

Pendapatan bawah RM5,000/sebulan layak mohon Bantuan RM100 setiap bulan: Mohon sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Antaranya adalah Asuh Pintar dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang diteruskan pada tahun ini di bawah Belanjawan 2024 Selangor. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan RM100 setiap bulan melalui Asuh Pintar

Asuh Pintar adalah sebuah insiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia pada asasnya memberikan bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.

Syarat-syarat kelayakan Asuh Pintar adalah seperti berikut:

  • Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia
    • Dilahirkan Dan menetap di selangor; ATAU
    • Tidak dilahirkan di selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / Pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap)
  • Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5000 ke bawah
  • Suami dan isteri berkerja
  • Anak berumur 4 tahun dan ke bawah
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja
  • Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Asuh Pintar ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Asuh Pintar.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem;
  • Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor);
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

 

Dokumen itu seterusnya perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Dimaklumkan juga bahawa tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2024 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2024.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Selain itu, pelbagai lagi bantuan turut diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Selangor. Antaranya adalah Bantuan Sihat Selangor sehingga RM5,000 untuk golongan kurang mampu bagi menampung kos dialisis buah pinggang.

Melaluinya, pemohon boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat-pusat hemodialisis di Hospital Kerajaan ataupun Swasta. Pembayaran kemudian akan dibuat secara “one-off” kepada pusat yang memberikan rawatan hemodialisis tersebut. 

Bantuan ini juga diberikan untuk pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200. Dengan syarat, kanta mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran terendah. 

Syarat-syarat Bantuan Sihat Selangor adalah:

  • Lahir di negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000;
  • Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak;
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya (OKU);
  • Rawatan bagi katarak mata, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja;
  • Permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan;
  • Tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan;
  • Permohonan berkaitan kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak dipertimbangkan;
  • Penjawat awam dan keluarga pegawai seperti takrifan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 tidak dapat dipertimbangkan;
  • Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun;
  • Tarikh tutup permohonan bagi setiap tahun adalah sebelum 30 september;
  • Pemohon yang mendapat kelulusan peka B40 tidak akan dipertimbangkan;
  • Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Bantuan Sihat Selangor, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…