Pembiayaan RM10,000 untuk beli motosikal di bawah TEKUN Mobilepreneur 3.0. Ini cara memohon

Akibat pelbagai kesukaran yang dihadapi kerana hambatan pandemik bermula pada tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat. Antaranya adalah dengan memperkenalkan program pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 di bawah kendalian TEKUN Nasional.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 adalah kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

Program ini secara ringkasnya adalah sebuah pembiayaan modal kepada mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dan mereka yang kini terlibat dalam aktiviti itu selepas hilang punca pendapatan kerana penularan Covid-19.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

 

Syarat kelayakan memohon:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

 

Nilai pembiayaan dan tempoh pembiayaan

Tempoh pembayaran balik pembiayaan adalah selama satu (1) hingga (3) tahun mengikut kesesuaian. Nilai pembiayaan yang ditetapkan bawah program ini pula adalah dari RM1,000 – RM10,000 mengikut tujuan permohonan:

  • Sehingga RM10,000
    • Pembelian motosikal
    • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
    • Modal pusingan
  • Sehingga RM2,000
    • Baik pulih motosikal
    • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
    • Modal pusingan

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berdekatan bagi mendapatkan Borang Permohonan Pembiayaan. Maklumat lengkap alamat Pejabat Cawangan TEKUN boleh didapati DI SINI.

Ketika mengemukakan permohonan, pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen sokongan seperti:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
  • Gambar pemohon ukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang.
  • Salinan lesen memandu B1/B2 yang sah.
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing/Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing.
  • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

 

Tempoh pemprosesan permohonan adalah selama 7 hari dari hari permohonan dibuat. Perlu diingatkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan ini.

Bagi tujuan keselamatan dan ketelusan, pemohon diminta membuat permohonan sendiri di Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan. Untuk maklumat lebih terperinci tentang program pembiayaan ini, pemohon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut, atau layari laman: www.tekun.gov.my

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…