Bantuan RM150 BAP mula dibayar hari ini (17 Januari): Ini cara pembayarannya

Seperti mana yang dimaklumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah menaikkan jumlah bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dari RM100 kepada RM150 kepada setiap yang layak.

BAP ini diperkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa dalam usaha menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta dan akan memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/MyKid/MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
    • Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.
    • Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

 

Tarikh Pembayaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada 14 Januari memaklumkan bahawa – pembayaran BAP akan bermula pada 17 Januari 2022 (Isnin) kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua sehingga Tingkatan Lima yang layak.

Manakala, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Kaedah Pembayaran

Berkenaan dengan kaedah pembayaran BAP, ia akan dilaksanakan secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Jika pembayaran secara tunai, pengagihan itu akan dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Diharapkan pembayaran BAP ini nanti akan membantu ibu bapa atau penjaga dalam membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…