bantuan rm150

Bantuan RM150 dikreditkan dalam MyKad: Ini cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan dalam bentuk baucar tanpa tunai dengan nilai sebanyak RM150 yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tanpa tunai ini: –

Bantuan RM150

Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Skim Pakaian Seragam Sekolah Zakat Pulau Pinang Tahun 2023 (Baucar Tanpa Tunai).

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu mereka yang layak untuk membeli keperluan peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan alatulis kepada anak-anak asnaf pada permulaan sesi persekolahan.

Cara pelaksanaannya adalah seperti berikut:

  • Bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan waris bernilai RM150 untuk ditebus di mana-mana kedai yang dilantik ZPP;
  • Dalam program ini, Zakat Pulau Pinang menyalur bantuan pakaian seragam persekolahan lengkap seperti beg, peralatan menulis, pakaian seragam persekolahan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat;
  • Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang;
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah);
  • Permohonan mestilah dibuat melalui pihak sekolah/Kadun/Penyelaras Kadun/ALP Zakat/Ahli MAINPP;
  • Seorang pelajar hanya berhak mendapat sekurang-kurangnya satu set kelengkapan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Penebusan Bantuan

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, penebusan bantuan ini boleh dibuat di mana-mana kedai yang dilantik Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Tempoh penebusan telah pun dibuka bermula pada 8 Mac sehingga 15 April 2023.

Senarai kedai-kedai yang terlibat boleh dirujuk DI SINI.

Maklumat lengkap tentang bantuan ini– boleh dirujuk di Portal Rasmi ZPP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…