bantuan

Bantuan RM150 Mula Dibayar Hari Ini (13 Januari 2025): Berikut Senarai Penuh Penerima

Setiap kali tahun baru bermula, ia bukan sahaja membawa harapan baharu, tetapi juga menandakan permulaan perjalanan persekolahan bagi anak-anak kita. Sama ada mereka memulakan langkah pertama di tadika, melangkah ke sekolah menengah, atau meneruskan tahun akhir di universiti, persediaan yang rapi adalah kunci kepada pengalaman pembelajaran yang lebih baik.

Namun, bagi kebanyakan ibu bapa, musim persekolahan ini bukan sahaja penuh keterujaan, tetapi juga cabaran – dari menyediakan keperluan asas seperti pakaian seragam dan buku, hinggalah memastikan anak-anak berada dalam keadaan mental dan fizikal yang bersedia.

Menguruskan kewangan untuk musim persekolahan sering menjadi kebimbangan utama. Kos semakin meningkat dari tahun ke tahun, menjadikan perancangan belanjawan satu keutamaan. Tambahan pula, aspek kesihatan dan keselamatan anak-anak juga menjadi perhatian, terutama dalam suasana pasca-pandemik.

Adakah anak-anak cukup bersedia untuk menghadapi cabaran di sekolah? Adakah peralatan dan kelengkapan mereka lengkap? Bagaimana pula dengan persediaan mental untuk menghadapi pelajaran baharu dan jadual yang sibuk?

Persediaan yang baik bukan sahaja memberi kelebihan kepada anak-anak, tetapi juga mengurangkan tekanan kepada ibu bapa. Bersama-sama, mari kita jadikan permulaan tahun persekolahan ini sebagai satu pengalaman yang positif dan menggembirakan untuk semua.

Oleh hal demikian, pihak Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan: –

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan ini bertujuan untuk diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid. Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM150 dan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bantuan ini diberikan kepada semua Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, sekiranya sebuah keluarga mempunyai 3 orang anak sedang bersekolah – maka jumlah keseluruhan BAP yang akan diterima sebanyak RM450.

Berikut adalah senarai sekolah yang melayakkan penerimaan BAP:

  • Sekolah kerajaan (SK);
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
  • Sekolah agama;
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
  • Kolej PERMATA;
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
  • Sekolah Integriti;
  • Sekolah Henry Gurney;
  • Maktab Rendah Sains MARA; dan
  • Maktab Tentera Diraja

 

Untuk makluman, pada tahun ini (2025) buat kali pertamanya pemberian BAP diperluaskan kepada Tingkatan 6 yang akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.

“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.

“Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh dan Cara Pembayaran BAP

Pembayaran BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada 13 Januari 2025. Pembayaran BAP kepada pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan diagihkan mulai 16 Februari, manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu akan bermula 1 Julai.

Cara pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa atau murid (sekolah menengah), pengkreditan ke akaun bank murid, pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai 2025).

Semoga, pemberian BAP ini akan membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…