bantuan rm150

Bantuan RM150 ‘one-off’ dibayar kepada semua tanpa had pendapatan: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat tahun lalu.

Ia termasuklah bantuan tunai RM150 yang diberikan secara ‘one-off’. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –

Bantuan Tunai RM150 ‘one-off’

Bantuan tunai yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Bantuan ini pada asasnya diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

Pihak Kerajaan juga di bawah Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan bantuan ini dengan kadar RM150 secara ‘one-off’. Ia diberikan kepada semua murid sekolah dari Darjah 1 (tujuh tahun) sehingga Tingkatan 5 (17 tahun).

Ia juga diberikan kepada semua tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Makanya, jika sebuah keluarga itu memiliki 4 orang anak sedang bersekolah, mereka layak menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM600 (RM150 setiap seorang).

Pembayaran Bantuan Tunai

Pembayaran BAP bagi murid Darjah 2 sehingga Tingkatan 5 tahun 2024 telah pun disalurkan pada bulan Januari 2024 oleh pihak sekolah. Pembayaran itu melalui dua cara iaitu secara tunai atau dikreditkan ke akaun murid.

Manakala, bagi murid yang memasuki Darjah 1 tahun ini, pembayaran BAP akan mula dibuat pada 10 Mac 2024 secara berperingkat. Dianggarkan lebih 11 ribu sekolah terlibat dan sekitar 4.6 juta orang murid layak menerima bantuan tunai ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selain itu, Kerajaan juga telah menambahbaik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menerusi bekalan susu harian kepada pelajar sekolah, meluaskan skop penerima dan menaikkan kadar bekalan susu harian.

Kerajaan turut memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid sehingga Tingkatan 3 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pihak Kerajaan telah bersetuju menubuh Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) rentas kementerian untuk menetapkan sasaran serta langkah yang sebaiknya.

Pada tahun 2024, 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan akan dibina melibatkan kos RM82 juta. Sejumlah RM1.9 bilion juga disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara.

Ini merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah. Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

Mulai tahun ini, Kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 ringgit sebelum ini. Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

“Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, Kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan 3 berbanding sehingga tingkatan 1 sebelum ini. Keseluruhannya, 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta…

Kerajaan akan terus memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas. 18 blok baharu pendidikan khas akan dibina dengan kos RM180 juta. Ini antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2024, boleh rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…