bantuan rm180

Bantuan RM180 setiap bulan untuk tahun 2023: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan sebanyak RM180 setiap bulan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan RM180

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 setiap bulan.

Kadar subsidi ini diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska dan ia akan dibayar terus kepada pengusaha Taska .

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah;
  • Anak berumur di bawah empat tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska;
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan subsidi ini boleh dibuat melalui Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan penyata gaji;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
  • Salinan penyata gaji suami/isteri;
  • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program subsidi ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…