Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.
Bantuan-bantuan ini tidak lain dan tidak bukan dengan tujuan asas iaitu membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan BMT (RM200 dibayar 4 kali)
BMT adalah singkatan bagi Bantuan Musim Tengkujuh yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kendalian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Ia pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Kadar BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800 dan akan dibayar secara empat fasa (empat kali) dengan nilai RM200 setiap bulan.
Syarat-syarat Kelayakan
BMT diberikan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan BMT ini:
- Pekebun Kecil Getah
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Cara Memohon
Untuk makluman, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini telah dibuka pada 1 Jun 2024 dan akan ditutup pada 30 September 2024 nanti. Permohonannya pula boleh dibuat di secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.
Berdasarkan pelaksanaan BMT pada tahun lepas, ia dibayar mulai bulan November dan akan berakhir pada bulan Februari iaitu RM200 pada setiap bulan. Kaedah pembayaran pula adalah secara dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat dan hendak memohon, ia boleh dikemukan di Portal Pekebun Kecil RISDA – DI SINI.
Selain itu, RISDA juga ada memperkenalkan Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU) iaitu sebuah bantuan kewangan secara bulanan yang telah diperkenalkan oleh Yayasan RISDA. Tujuan utama bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan makan / minum, pembelian buku dan lain-lain kepada anak-anak para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
Syarat-syarat utama BSHPU ini adalah:
- Semua pelajar yang telah mendaftar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) berumur bawah 25 tahun;
- Had maksimum pendapatan isi rumah RM4,849 atau kategori pendapatan B40 semasa;
- Pelajar peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di UCAM sahaja. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama;
- Bantuan semasa sesi pengajian mulai tarikh pendaftaran hingga 1 hari sebelum tarikh cuti semester tetapi tidak termasuk semasa cuti semester dan semasa menjalani Latihan Industri yang dibayar elaun;
- Keputusan Purata Nilai Gred (PNG) pelajar sekurang-kurangnya 2.5 pada setiap semester;
- Pelajar bebas daripada tindakan tatatertib dan kesalahan jenayah.
Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM15 sehari atau maksimum RM450 sebulan seorang. Bag permohonannya, ia boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan SKIM 1/2024 secara lengkap dan benar. Borang juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di borang permohonan dan perlu disahkan.
Maklumat lengkap tentangnya boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan RISDA – DI SINI.