bantuan rm200

Bantuan RM200 dikreditkan sebelum akhir bulan ini: Berikut senarai penuh penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Tunai  yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan e-Tunai ini:-

Bantuan RM200

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah bantuan atau inisiatif yang dikenali sebagai E-Tunai Belia Rahmah.

Inisiatif ini pada asasnya melibatkan pemberian e-Tunai sebanyak RM200 secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Penerima Bantuan RM200

Pada 18 Mei 2023 lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian bantuan ini kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.

Perkara itu selaras dengan pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu.

Pihak Kemnterian Kewangan dengan kerjasama kementerian terlibat juga dalam proses perbincangan dengan penyediaan perkhidmatan e-Tunai berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pengkreditan

Berdasarkan laporan sama, pelaksaan inisiatif ini akan dimulakan pada bulan Jun 2023 dan diharapkan akan membantu meringankan beban para penerima yang turut meningkat di kampus.

Berkenaan dengan kaedah penebusan/pengkreditan – ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Akan tetapi, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak terlibat.

Sumber: Utusan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…