Bantuan RM200

Bantuan RM200 – RM1,000 dibayar selewat-lewatnya 21 April ini: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperkenalkan itu: –

Bantuan Khas Aidilfitri

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif di bawah Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2023.

Antaranya adalah bantuan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran itu juga merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, penjawat awam persekutuan di bawah pentadbiran SUK Selangor, Ahli Majlis serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju memberikan sebulan elaun kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor dan Penggerak Belia Selangor .

Manakala, penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak, bilal dan guru rakyat pula akan menerima bantuan khas sebanyak RM500.

“Sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan komitmen penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini seperti polis, tentera, guru dan jururawat yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan (gaji pokok), turut akan menerima sebanyak RM200 secara sekali beri,” kata Menteri Besar Selangor, , Datuk Seri Amirudin Shari.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Pembayaran bantuan khas kewangan ini dijangka dapat dibuat kepada semua anggota yang berkelayakan, selewat-lewatnya pada 21 April 2023.

Sumber: Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…