bantuan rm200

Bantuan RM200 & RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sumbangan tunai sebanyak RM200 dan RM300 yang diperkenalkan di bawah Bantuan Khas Penghargaan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan RM200 & RM300

Bantuan Khas Penghargaan adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan semasa Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan ini akan diberikan dengan kadar berikut kepada mereka yang berkelayakan:

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Pembayaran Bantuan Khas Penghargaan

Untuk tambahan, para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas RM300 ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan khas ini, ia akan dikreditkan pada 10 Ogos 2023. Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di kenyataan rasmi JPA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…