Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperkenalkan itu: –
Bantuan RM200 & RM300
Seperti mana yang dimakluman di bawah Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM700 kepada para penjawat awam dan RM350 untuk pesara Kerajaan.
Namun begitu, pihak Kerajaan turut bersetuju memberikan BKKA kepada sebanyak RM200 dan RM300 kepada kategori penerima lain.
Mereka yang layak menerima BKKA RM200 adalah para pekebun kecil getah. Secara asasnya, penerima bantuan ini adalah mereka yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebelum ini.
Manakala, pemberikan RM300 pula adalah kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
“Selepas diteliti, ada kategori yang tidak dapat manfaat yang sama membabitkan mereka dalam kalangan bukan pekerja tetap iaitu sukarelawan sama ada RELA, APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba.
“Mereka ini juga menghadapi masalah maka saya bersetuju untuk berikan saguhati sebanyak RM300 bagi setiap sukarelawan. Bagaimanapun, saguhati ini tidak termasuk Polis Bantuan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan awal, pembayaran BKKA akan dibuat pada 17 April 2023. Namun selepas itu, pihak Kerajaan bersetuju mempercepatkan pembayarannya pada 14 April 2023, bersamaan hari Jumaat.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.