bantuan rm2000

Bantuan RM2,000 dibayar bulan Februari depan: Senarai penuh penerima & cara pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Madani 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM2,000

Di bawah Belanjawan Madani 2024, pihak Kerajaan Persekutuan telah bersetuuju untuk memperkenalkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Bantuan ini nanti akan melibatkan kadar sebanyak RM2,000 dan RM1,000 kepada para penerima seperti berikut:

  • RM2,000: Kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000: Kepada para pesara Kerajaan, termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

Selain itu, bantuan RM1,000 turut akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Bantuan kewangan ini diperkenalkan bersempena dengan usaha semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenayataan Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024. Tarikh itu dipilih bagi meringankan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Berkenaan dengan cara pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan Madani 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…