Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan tunai secara sekaligus (one-off). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu: –
Bantuan RM300 – RM6,500 ‘one-off’
Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam Dan Luar Negara. Di bawah insentif ini, ia adalah bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.
Secara asasnya ia bertujuan untuk:
- Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
- Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
Kadar yang ditetapkan pula sebanyak RM300 hingga RM6,500 mengikut peringkat pengajian dan tempat pengajian (dalam atau luar negara).
Insentif Siswa (Dalam Negara)
Kadar bantuan di bawah Insentif Siswa (Dalam Negara) ini adalah seperti berikut: RM300 (Sijil, Sijil & Diploma Vokasional), RM500 (Diploma) dan RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda). Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti di bawah:
- Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Sijil & Diploma Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda ke IPT yang tersenarai di sini;
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun);
- Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan;
- Pemohon yang telah menerima bantuan daripada mana-mana agensi/ jabatan/ pihak lain adalah tidak layak memohon bantuan ini.
Insentif Siswa (Luar Negara)
Kadar bantuan di bawah Insentif Siswa (Dalam Negara) ini adalah seperti berikut:
Bagi maklumat Kategori A dan B pula, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak. Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti di bawah:
- Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja;
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara tidak termasuk dalam bantuan ini;
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
Cara Memohon
Bagi permohonan insentif ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Yayasan Perak dengan menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi. Permohonan insentif ini juga dibuka sepanjang tahun.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.