Terbuka kepada yang berumur bawah 55 tahun: Ini cara mendapatkan RM480/setahun dari KWSP

Dalam usaha membantu masyarakat Malaysia, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia seperti mana sebelum ini pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan Pengeluaran Khas kepada setiap pencarum KWSP.

Akan tetapi, terdapat sebuah lagi inisiatif yang diperkenalkan oleh KWSP bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara yang dikenali sebagai i-Suri. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Faedah-faedah i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000;
  • Menerima dividen tahunan KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran i-Suri boleh dibuat di kios atau kaunter KWSP yang berhampiran dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Bagi siapa yang boleh membuat caruman pula, ia boleh dilaksanakan oleh isteri (pendaftar) atau suami kepada pasangan yang layak.

Cara menyalurkan caruman pula boleh dibuat dengan kaedah: perbankan internet, kaunter ejen bank, ejen bank berdaftar atau kaunter KWSP.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan inisiatif ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BINGKAS RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan: Berikut cara memohon

Bantuan BINGKAS RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan IKPP RM250 dibayar secara 'one-off': Pendapatan bawah RM5,000 layak memohon

Bantuan IKPP RM250 dibayar secara 'one-off': Pendapatan bawah RM5,000 layak memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
ANGKASA buka jawatan kosong besar-besaran: Kelayakan SPM hingga Ijazah boleh memohon

ANGKASA buka jawatan kosong besar-besaran: Kelayakan SPM hingga Ijazah boleh memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong…