Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan adalah bantuan kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –
Bantuan RM500 KWSP
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM500 kepada ahli KWSP yang layak.
Bantuan itu diberikan kepada mereka yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dan mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP.
“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Pembayaran Bantuan
Mengikut kenyataan rasmi KWSP, bantuan RM500 ini telah dikreditkan ke akaun ahli yang layak. Pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.
“Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka,” petikan dari kenyataan KWSP.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam masa sama, pihak KWSP akan memperkenalkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 pada bulan April 2024 depan.
Akaun ini nanti boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.
Untuk maklumat lengkap berkenaannya, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.





