Bantuan RM500 secara ‘one-off’: Ini cara memohon bantuan zakat untuk golongan B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli sejak 2 Julai lalu.

Pada asasnya, bantuan zakat ini diperkenalkan bagi meringankan beban individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan akibat hambatan pandemik yang melanda negara.

Kadar bantuan di bawah program ini adalah sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada yang layak.

Syarat-syarat Permohonan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil);
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah;
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin;
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini: BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil: SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat, permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat secara atas talian – DI SINI, dengan melengkapkan permohonan secara benar dan tepat.

Pemohon juga perlu memastikan segala dokumen yang diperlukan dilampirkan, bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Berkenaan dengan status permohonan, ia boleh disemak melalui pautanĀ Zakat Selangor Peduli selepas 7 hari bekerja.

Sekiranya permohonan diluluskan, bantuan akan disalurkan melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT), dengan memastikan:

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

 

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – pembayaran akan dibuat melalui akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…