bantuan rm600

Bantuan RM600 dibayar secara ‘one-off’ kepada kategori ini: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM600

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, di bawah Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Tetapi, dalam masa sama – ada di antara penerima STR sedia ada yang layak untuk menerima SARA pada kadar sebanyak RM600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Pembayaran SARA

Sebenarnya, terdapat dua kaedah pembayaran SARA yang berbeza kepada penerima di Semenanjung dan penerima di Sabah, Sarawak serta Labuan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berikut kaedah pembayarannya:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
      Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

 

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…