bantuan rm800

Bantuan RM800 dikreditkan dua bulan dari sekarang: Berikut senarai penuh penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM800 Untuk Isi Rumah

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 – telah pun selesai pada bulan Januari dan April lalu dengan jumlah masing-masing mengikut kategori penerima.

Oleh itu, pembayaran seterusnya adalah STR Fasa 3 yang akan diberikan dengan kadar maksimum RM800. Berikut adalah maklumat jumlah pembayaran STR Fasa 2 bagi penerima kategori isi rumah:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang dilaksanakan ketika Fasa dan Fasa 2, pembayaran bantuan ini akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pengkreditan terus ke akaun dibuat kepada penerima yang membuat akaun bank aktif. Manakala, pengambilan tunai pula untuk penerima yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.

Tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 ini.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…