Setiap tahun, pihak Kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan-bantuan ini juga diberikan dalam pelbagai bentuk seperti tunai, geran, rumah dan sebagainya.
Antaranya termasuklah dengan memperkenalkan BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan RM800 (Bantuan Musim Tengkujuh)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan di bawah RISDA yang diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang hasil pendapatan mereka terjejas akibat musim tengkujuh.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini ditetapkan seperti berikut:
Pekebun Kecil
Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh
Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia
- Penoreh berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)
Kadar BMT ditetapkan sebanyak RM800. Akan tetapi, pembayarannya dibuat secara berfasa dengan kadar RM200 setiap fasa. Pembayaran dibuat setiap bulan mulai November 2024, Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025.
Cara Pembayaran dan Semak Kelulusan BMT
Pembayaran BMT dibuat secara kredit terus ke akaun penerima, seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan dibuat.
Bagi mereka yang telah permohonan, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari pautan Pekebun Kecil RISDA
- Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan
- Langkah 3: Klik butang ‘Semak.’
- Langkah 4: Status permohonan bantuan dipaparkan.
Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat Tambahan
Musim tengkujuh, yang biasanya berlaku antara November hingga Mac di Malaysia, adalah fenomena cuaca tahunan yang membawa hujan lebat, ribut petir, dan angin kencang. Walaupun ia merupakan sebahagian daripada kitaran alam semula jadi, kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar tidak boleh dipandang ringan.
Musim ini sering menyebabkan banjir besar, tanah runtuh, dan kerosakan infrastruktur. Di kawasan pedalaman, terutama di negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang, banyak penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda, dan gangguan bekalan makanan adalah antara cabaran utama.
Sektor ekonomi seperti perikanan dan pertanian juga terjejas. Nelayan menghadapi risiko tinggi apabila turun ke laut, manakala tanaman mudah rosak akibat air yang bertakung. Ini menyebabkan sumber pendapatan mereka terganggu, sekali gus menjejaskan kehidupan seharian.
Menghadapi musim tengkujuh memerlukan kesedaran dan persediaan rapi:
- Memantau maklumat cuaca: Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan melalui aplikasi atau siaran berita.
- Langkah keselamatan di rumah: Periksa saluran air, simpan dokumen penting di tempat tinggi, dan sediakan kit kecemasan.
- Rancang pemindahan awal: Kenal pasti laluan dan pusat pemindahan terdekat jika berlaku banjir.
Oleh hal demikian, Kerajaan memainkan peranan penting melalui bantuan kecemasan seperti pusat pemindahan dan pengagihan makanan. Dalam masa sama, masyarakat perlu berganding bahu membantu mangsa yang terjejas, sama ada melalui sumbangan atau sokongan moral.
Musim tengkujuh adalah ujian yang memerlukan kesatuan, ketabahan, dan persediaan. Dengan langkah yang tepat, kesan buruknya dapat diminimumkan, dan masyarakat dapat kembali bangkit dengan lebih kuat.