Bantuan Sara Diri

Bantuan Sara Diri Fasa 1 sebanyak RM2,000: Senarai penerima, tarikh rasmi & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, terdapat sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Diri yang melibatkan sumbangan kewangan kepada yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Bantuan Sara Diri

Bantuan Sara Diri ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah sebanyak RM500 hingga RM2,000.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini adalah:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • emohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok);
  6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas;
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan;
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuat sebanyak dua fasa iaitu Fasa 1 akan bermula sehingga 10 Mac 2023 dan Fasa 2 pula pada Ogos atau September ini.

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian di Portal EHEYNS.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan mengisi borang perakuan.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…