Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan Sara Hidup
Bantuan Sara Hidup atau BSH ini adalah sebuah inisiatif di bawah bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan.
Tujuan asalnya adalah bagi membantu meringankan beban sara hidup para veteran ATM yang memerlukan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Veteran ATM:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Cara Memohon
Permohonan bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.
Borang itu perlu diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.
Permohonan itu seterusnya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun untuk memastikan sama penerima sedia ada itu masih layak diteruskan atau sebaliknya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.