Bantuan sehingga RM2,000 BKM pada tahun depan: Ini tarikh kemaskini & permohonan baru

Seperti mana yang dimaklumkan di bawah pembentangan Bajet 202, pihak kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini juga melibatkan semua kategori penerima, iaitu merangkumi Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang – dengan jumlah yang khusus bagi setiap kategori.

Kadar Bantuan

BKM ini akan melibatkan bantuan sehingga RM2,000 dan ini merupakan gambaran lengkap jumlah yang bakal diterima:

Bantuan tambahan turut diberikan kepada penerima isi rumah seperti tersebut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

 

Tarikh Kemaskini & Permohonan BKM

Berdasarkan Soalan Lazim BKM yang diterbitkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), data-data dari BPR 2021 dan BKC B40 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Dalam masa sama, permohonan baru dan kemaskini BKM juga akan dibuka mulai pada 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021 (selama sebulan).

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran BKM adalah sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini iaitu:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat; atau
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini BKM.

 

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan BKM boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…