Bantuan STR

Bantuan STR RM800 dikreditkan secara berperingkat: Semak sama ada anda dapat atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Salah satu bantuan tunai yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini.

Bagi STR Fasa 1, ia telah pun disalurkan kepada mereka yang layak dengan kadar antara RM100 hingga RM300. Manakala, Fasa 2 pula telah disalurkan pada bulan April 2023 dengan kadar dari RM100 hingga RM200 kepada menerima kategori B40 dan M40.

STR Fasa 3

Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula,  ia akan diberikan dengan kadar tertinggi antara RM600 hingga RM800 kepada kategori penerima isi rumah berkelayakan.

Mereka yang layak menerima RM600 adalah Isi Rumah Tiada Had Umur yang berpendapatan bulanan pada kadar RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai anak 3 hingga 4 orang.

Untuk isi rumah yang berkategori pendapatan bulanan sama, tetapi mempunyai anak 5 orang atau lebih, mereka layak menerima STR Fasa 3 pada kadar RM800.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembayaran STR

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha atau lebih tepat pada bulan Jun 2023.

Pembayaran itu akan dibuat secara beperingkat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak. Untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…