bantuan tunai

Bantuan Tunai Am Kerajaan RM350 dikreditkan setiap bulan: Permohonan dibuka sepanjang tahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM100 hingga RM350 setiap bulan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai RM350

Bagi makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan.

Kadar bantuan ini adalah minima RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga, yang dikreditkan setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Am Persekutuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Oleh kerana bantuan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Wilayah Persekutuan, permohonan hanya boleh dibuat di cawangan-cawnagan Pejabat JKM di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…