hpipt

Bantuan tunai HPIPT RM1,000 untuk B40 & M40 diteruskan tahun ini (2024): Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Antara yang diperkenalkan itu termasuklah sumbangan kewangan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Berikut adalah maklumat lnjut berkenaan sumbangan kewangan ini: –

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada asasnya merupakan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA atau IPTS.

Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan di bawah Belanjawan 2024 Negeri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;
  • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai permohonan gagal.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan HPIPT boleh dikemukan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan HPIPT.

Berkenaan dengan tarikh pembukaan permohonan HPIPT bagi tahun 2024, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berkenaan dengan cara pembayaran hadiah berkenaan, ia akan disalurkan kepada yang lulus melalui nombor akaun bank yang telah diberikan melalui permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan cara memohon, proses permohonan dan syarat-syaratnnya, boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…