bantuan tunai

Bantuan Tunai Khas RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Ini senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai Khas

Ketika di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP).

Kadar bantuan khas ini adalah sebanyak RM300 dan RM200 mengikut kategori penerima berikut:

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembayaran Bantuan Tunai

Pembayaran bantuan tunai khas ini dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak. Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dikreditkan pada 10 Ogos 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di kenyataan rasmi JPA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…