bantuan tunai

Bantuan tunai minima RM1,000 dibayar bulan depan: Tarikh pembayaran & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan: –

Bantuan tunai minima RM1,000

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan khas ini nanti akan diberikan kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Selangor.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, BKK ini pada asasnya merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang telah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.

Bagi pembayaran BKK kali ini, ia akan mula dibayar kepada yang layak pada 28 Disember 2023.

“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.

“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan lain, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah pun mula dikreditkan kepada yang layak pada 07 November lalu.

Pembayarannya adalah secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…