Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan: –
Bantuan tunai minima RM1,000
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Bantuan khas ini nanti akan diberikan kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Selangor.
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, BKK ini pada asasnya merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang telah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.
Bagi pembayaran BKK kali ini, ia akan mula dibayar kepada yang layak pada 28 Disember 2023.
“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.
“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam perkembangan lain, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah pun mula dikreditkan kepada yang layak pada 07 November lalu.
Pembayarannya adalah secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.