bantuan tunai

Bantuan Tunai RM100 Fasa 3 akan dikreditkan ke MyKad: Senarai penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan Tunai

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan.

SARA pada asasnya adalah bantuan kewangan sebanyak RM100 selama 6 bulan dengan jumlah keseluruhannya RM600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Menggunakannya

Terdapat dua cara pengkreditan SARA:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

 

Untuk yang dikreditkan ke dalam MyKad, mereka akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Tatacara menggunakan MyKad bagi menggunakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…