bantuan tunai

Bantuan Tunai RM150 mula diagihkan pada 10 Mac 2024 lalu: Diberikan tanpa had pendapatan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat tahun lalu.

Ia termasuklah bantuan tunai RM150 yang diberikan secara ‘one-off’: –

Bantuan Tunai RM150

Bantuan tunai sebanyak RM150 yang dimaksudkan adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Bantuan ini diteruskan di bawah Belanjawan 2024 dan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kadar pembayaran BAP yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara ‘one-off’ kepada semua para murid sekolah dari Darjah 1 (7 tahun) sehingga Tingakatan 5 (17 tahun).

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

Menariknya, pemberian bantuan tunai ini tidak mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, jika sebuah keluarga itu memiliki 3 orang anak sedang bersekolah, mereka layak menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM450 (RM150 setiap seorang).

Tarikh Pembayaran BAP

Untuk makluman, pembayaran BAP bagi murid Darjah 2 sehingga Tingkatan 5 tahun 2024 telah pun disalurkan pada bulan Januari lalu oleh pihak sekolah. Pembayaran itu melalui dua cara iaitu secara tunai atau dikreditkan ke akaun murid.

Manakala, untuk murid yang memasuki Darjah 1 tahun ini, pembayaran BAP akan mula dibuat pada 10 Mac 2024 secara berperingkat.

Dianggarkan lebih 11 ribu sekolah terlibat dan sekitar 4.6 juta orang murid layak menerima bantuan tunai ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga menambahbaik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menerusi bekalan susu harian kepada pelajar sekolah, meluaskan skop penerima dan menaikkan kadar bekalan susu harian.

Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 turut memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid sehingga Tingkatan 3 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pihak Kerajaan juga bersetuju menubuh Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) rentas kementerian untuk menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Kerajaan menyediakan RM100 juta  untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM. Wakil industri juga akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid mempelajari STEM.

Maklumat lengkap berkenaan Bajet 2024, boleh rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…