RM150

Bantuan Tunai RM150 untuk golongan bujang tahun 2023: Cara semak status kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM150

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kumpulan B40 dan M40.

Bantuan kewangan ini ialah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelumnya iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Januari serta April 2023.

Untuk STR Fasa 3 pula, ia akan melibatkan kadar antara RM150 (minima untuk bujang) hingga RM800 (untuk isi rumah).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semak Status

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status permohonan boleh dibuat seperti di bawah:

  • Layari Portal Rasmi STR;
  • Log masuk di portal berkenaan dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan;
  • Klik semak dan sahkan kata kunci keselamatan;
  • Isi kata laluan di ruang yang ditetapkan dan log masuk;
  • Klik menu ‘Semakan Permohonan’.

 

Berkenaan dengan tarikh pembayaran pula, STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Julai 2023 ke akaun penerima yang diluluskan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…